SCM music player
ʜєʀ Jouʀɴᴀʟ ʟɪƒє



Tuesday 24 April 2012 ♥0Comment





 Hello earthlings :) Bila masuk sahaja alam universiti atau kolej mungkin , kita akan terlihat ada rakan-rakan kita yang rapat dengan pensyarah. Bila tiba sahaja peperiksaan akhir sering sahaja rakan kita itu mendapat markah lebih. Mungkin dari situ kita akan terfikir bahawa si dia sengaja membodek pensyarah tersebut untuk mendapatkan markah lebih bukan ?

“ Ala, dia bodek sebab nak mintak markah lebih la tu !”. Ops ! Mesti ramai yang menganggap apabila seseorang itu rapat dengan pensyarahnya, dia akan dikatakan membodek ? Benarkah anggapan kita itu ? Sebenarnya anggapan kita itu salah sama sekali. Menjalinkan hubungan yang baik dengan pensyarah hanya kan memudahkan kita dalam menjalankan tugasan yang diberikan dan bukannya diberikan markah percuma pada peperiksaan akhir .

Berikut adalah tips bagaimana untuk kita memikat hati pensyarah . Membodek hati pensyarah ini bukannya untuk pensyarah memberikan markah tambahan pada markah kita tetapi adalah untuk memudahkan lagi kita untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan . Mereka yang baik dengan pensyarah biasanya akan diberikan tunjuk ajar yang lebih berkesan dan mudah difahami kerana mereka disenangi oleh pensyarah dan lebih-lebih lagi mereka ini menunjukkan minat untuk mendalaminya dengan lebih mendalam berbanding dengan tunjuk ajar di dalam kuliah .

Tunjukkan Minat

Sebagai student , kita perlu memberikan sepenuh perhatian kepada setiap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah . Apa yang penting, setiap kali menghadiri kuliah, eloklah kita mengambil tempat di barisan hadapan . Ini kerana pensyarah kita akan lebih mudah untuk mengingati muka kita . Tunjukkan minat yang mendalam setuiap kali menghadiri kuliahnya . Secara tidak langsung, kita boleh memulakan langkah pertama untuk berinterasi dengannya .

Bertanya Soalan

People said , jangan jadi bodoh sombong if we don't understand what our lecturer want trying to say . To avoid this kind of situation , let's say korang just try to ask with your pensyarah if penyampaiannya itu kurang jelas or kurang difahami .

Don't be shy if u wanna try to ask something . Abaikan ejekan atau umpatan rakan-2 yang maybe akan mengatakan u all itu sengaja mahu menunjuk pandai atau buat-2 tidak faham .

Or if u all terlalu segan , u all can meet your lecturer secara personal . Kekerapan u all bertanyakan soalan akan memudahkan lagi your step untuk memikat hati lecturer .

Mesra Dengan Pensyarah

Apa salahnya jika tersempak dengan penysarah , u all bertanya khabar, memberikan salam or paling tidak pun u all memberikan senyuman termanis buat pensyarah anda . Dengan cara ini u all akan lebih mudah memikat hatinya .

Hulurkan Bantuan

Tidak ada salahnya jika kita membantu pensyarah . Tujuannya bukan untuk membodek tetapi untuk memudahkan interaksi di antara kita dengan pensyarah . Apabila kita sering membantunya , ia akan lebih memudahkan kita untuk bertanyakan any kid of our problems berkaitan pelajaran . Dengan cara ini , kita akan lebih mudah untuk melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan berbanding rakan yang lain .

Jangan Undang Kemarahannya

Apabila memperkatakan tentang ini pasti ramai yang tahu bahawa pelajar IPT sering kali datang ke kuliah lewat , ponteng , meminta kawan untuk menandakan kehadiran dan tidak memberikan sepenuhnya perhatian terhadap apa yang diajarkan oleh pensyarah . Perkara sebegini boleh mengundang kemarahan pensyarah dan secara tidak langsung akan menjarakkan hubungan anda dengan pensyarah .

Study Smart Not Study Hard ! Itu yang perlu kita lakukan untuk setiap semester . Kita pasti akan dapat menyiapkan tugas yang diberikan oleh pensyarah kita dengan lebih mudah dan cepat berbanding rakan lain kerana dibantu oleh pensyarah kita dengan memberikan tips atau cara untuk mendapatkan bahan .

Ia sama sekali mengelakkan kita tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan yang lebih teruk jika kita terpaksa menggunakan masa yang lama untuk menyiapkannya . Jangan sesekali menyiapkan tugasan yang diberi saat-2 akhir ( last minutes ) , ok ? 

p/s : Selamat memikat hati lecturer . Wish u luck :)

Labels:



THANKS FOR READING




REWIND ME THE PAST MY SWEET FUTURE

Copyright © All rights reserved | Miss Pinky | Edited by Mell