SCM music player
ʜєʀ Jouʀɴᴀʟ ʟɪƒє



Wednesday 31 October 2012 ♥0Comment





Today I wanna update bout Integriti mahasiswa . Siapa Mahasiswa & Mahasiswi ? Mahasiswa & Mahasiswi adalah sekelompok masyarakat yang menuntut di institusi pengajian tinggi atau Universiti . Mahasiswa seringkali juga disebut sebagai penghuni kampus . Manakala universiti atau IPT merupakan tempat yang menjadi idaman setiap pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan dan membina kepakaran . Mengapa kita bergelar Mahasiswa dan Mahasiswi ? Bergelar mahasiswa menjadi idaman/cita-cita setiap student . Kelayakan akademik yang cemerlang setelah melalui paperiksaan UPSR --> PMR --> SPM --> STPM di peringkat sekolah membolehkan kita diterima masuk ke universiti dan seterusnya bergelar mahasiswa .Tentu ramai kan kawan-kawan kita yang tak dapat masuk U kerana tidak memenuhi syarat kemasukan . Seharusnya kita bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian kita di IPTA . Sebagai golongan terpelajar yang berada pada kedudukan yang sangat tinggi dari kacamata pelbagai lapisan masyarakat, mahasiswa disandarkan dengan beberapa harapan . Antaranya pewaris kepimpinan negara, agen perubahan dan perpaduan, penggerak ekonomi, pencipta ilmu dan teknologi, dan modal insan untuk sektor awam dan swasta . Nilai-nilai murni yang perlu ada bagi setiap mahasiswa adalah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, berkerjasama, berbudi mulia dan bersyukur . Dalam amanah, mahasiswa boleh dipercayai dan jujur semasa menunaikan sesuatu pekerjaan . Dalam berdisiplin, mahasiswa komited, tertib serta mengikut peraturan dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan . Dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi, tujuan utama mahasiswa menjadi penghuni menara gading adalah untuk menuntut ilmu . Justeru itu, mahasiswa dan ilmu tidak boleh dipisahkan . Pencarian ilmu dalam kehidupan mahasiswa bakal menghasilkan golongan intelektual dan teknokrat yang diperlukan oleh negara . Memiliki kemahiran generik seringkali juga disebut soft skills . Mahasiswa perlu mempunyai pelbagai kemahiran generik seperti komunikasi, problem solving , kepimpinan dan kerja berkumpulan sebagai pelengkap kepada penguasaan ilmu pengetahuan untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang penuh mencabar . Wah panjang juga saya taip pasal topik ni . Well I know student study because want to be a successful person and plus want to reach their goals . Alright then , same with me as I also should be focus my aim goal and try mu best to reach it . I think I should stop writting now as I got thing to do . Till here then . Take care :)





THANKS FOR READING




REWIND ME THE PAST MY SWEET FUTURE

Copyright © All rights reserved | Miss Pinky | Edited by Mell